Pages

Sunday 10 April 2011

Teladan

Salam sejahtera,

Hari ini aku ingin kongsi sesuatu yang rasa aku bagus untuk semua. Hari ini aku secara tidak sengaja menonton satu filem di HBO Astro. Dari dulu aku ingin tonton cerita ni tapi belum ada peluang. Filem yang aku maksudkan adalah "Invictus".



Filem lakonan Morgan Freeman dan Matt Damon. Filem ini berdasarkan kisah benar presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dan Matt Damon sebagai ketua pasukan ragbi negara, Francois Pienaar. Filem yang menceritakan betapa peritnya beliau dalam membangunkan negara beliau setelah terpilih sebagai presiden. Dalam usaha beliau menghapuskan dasar apartheid dan menyatukan sebuah negara yang mempunyai sejarah dalam masalah dan isu perkauman.

Aku begitu terharu melihat usaha beliau. Salah satu cara beliau adalah melalui sukan kegemaran kaum minoriti dan dalam masa yang sama sukan yang amat dibenci oleh majoriti rakyat beliau. Sebab bagi beliau untuk membangunkan negaranya itu, rakyat-rakyatnya perlu disatukan dahulu. Kata pegangan yang paling beliau tidak akan lupa adalah "Forgive and forget". Memang agak susah nak dilakukan tapi jika kita boleh lakukan, akan membuahkan hasil yang besar.

Itu yang aku ingin kongsikan, betapa pentingnya kerjasama dan perpaduan rakyat. Jika kita semua bersatu maka negara kita akan menjadi sebuah negara yang kuat dari segi ekonomi dan perpaduan. Bagiku, jika semua pemimpin-pemimpin kita sekarang, baik pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang, andai ada sedikit masa terluang, tidak rugi rasanya jika menonton filem ini kerana mungkin ia boleh memberikan satu inspirasi yang amat besar dan bermakna. Kerana melalui perpaduan, negara kita akan menjadi lebih makmur dan membangun.

Akhir kata, buka mata buka minda.

0 comments: