Pages

Sunday 10 April 2011

Teladan

Salam sejahtera,

Hari ini aku ingin kongsi sesuatu yang rasa aku bagus untuk semua. Hari ini aku secara tidak sengaja menonton satu filem di HBO Astro. Dari dulu aku ingin tonton cerita ni tapi belum ada peluang. Filem yang aku maksudkan adalah "Invictus".



Filem lakonan Morgan Freeman dan Matt Damon. Filem ini berdasarkan kisah benar presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dan Matt Damon sebagai ketua pasukan ragbi negara, Francois Pienaar. Filem yang menceritakan betapa peritnya beliau dalam membangunkan negara beliau setelah terpilih sebagai presiden. Dalam usaha beliau menghapuskan dasar apartheid dan menyatukan sebuah negara yang mempunyai sejarah dalam masalah dan isu perkauman.

Aku begitu terharu melihat usaha beliau. Salah satu cara beliau adalah melalui sukan kegemaran kaum minoriti dan dalam masa yang sama sukan yang amat dibenci oleh majoriti rakyat beliau. Sebab bagi beliau untuk membangunkan negaranya itu, rakyat-rakyatnya perlu disatukan dahulu. Kata pegangan yang paling beliau tidak akan lupa adalah "Forgive and forget". Memang agak susah nak dilakukan tapi jika kita boleh lakukan, akan membuahkan hasil yang besar.

Itu yang aku ingin kongsikan, betapa pentingnya kerjasama dan perpaduan rakyat. Jika kita semua bersatu maka negara kita akan menjadi sebuah negara yang kuat dari segi ekonomi dan perpaduan. Bagiku, jika semua pemimpin-pemimpin kita sekarang, baik pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang, andai ada sedikit masa terluang, tidak rugi rasanya jika menonton filem ini kerana mungkin ia boleh memberikan satu inspirasi yang amat besar dan bermakna. Kerana melalui perpaduan, negara kita akan menjadi lebih makmur dan membangun.

Akhir kata, buka mata buka minda.

Saturday 9 April 2011

DAP main kasar?

Salam sejahtera..

Semalam aku terlihat banner yang menarik perhatian ku. Banner yang aku maksudkan adalah banner DAP. Banner tersebut telah menyampaikan sebuah mesej yang amat ketara dan aku rasa sangat kasar. 





"30 years, enough is enough! Taib MUST GO!". Itulah yang tertulis di banner yang aku lihat. DAP tidak sepatutnya membuat penyataan seperti itu.Kerana  penyataan begitu terlalu kasar. Cuba fikir bagaimana rasa kita kena halau dari rumah sendiri? Pernahkah BN menghina parti-parti pembangkang secara terang-terangan? Aku amat tersinggung dengan penyataan "Taib MUST GO!" itu. Kerana bagiku mereka langsung tidak bersyukur dan menghargai jasa-jasa yang Ketua Menteri kita telah taburkan selama ini. 



Aku tidak berniat untuk mengeluarkan penyataan-penyataan berbaur perkauman tapi cuba kita lihat, selama ini di Sarawak, bangsa manakah memonopoli bidang perniagaan?? Bangsa manakah yang mempunyai purata terbesar antara golongan yang kaya raya di Sarawak?? Tetapi tetap juga mereka tidak bersyukur dengan menyatakan "Taib MUST GO!". Sedih bila melihat kelibat rakyat yang senegara dengan ku. Seolah-olah kita semua ini bukan di dalam negara yang sama.




Akhir kata, buka mata, buka minda.








Thursday 7 April 2011

Roket Gila duit?

Salam sejahtera...

Beberapa hari yang lalu, aku balik dari hantar barang kat kawan. Kebetulan traffic light berwarna merah, aku berhenti lah. Di hadapan aku, aku ternampak ada kemalangan yang telah berlaku dan aku tak tahu macam mana boleh berlaku kemalangan tersebut. Aku ambil kesempatan untuk ambil gambar sementara lampu isyarat masih merah.







Kemalangan tersebut melibatkan Produa Myvi dan sebuah motosikal. Aku hanya mengambil gambar sahaja. Tapi, bukan aku yang memandu, aku hanya menumpang. Sebenarnya, apa yang aku nak sampaikan ialah, kita seharusnya jangan perlahankan kenderaan sekiranya kita hanya melihat atau hendak mengambil gambar. Ini akan menyebabkan kesesakkan lalu lintas. Sekiranya anda hendak menolong, sila berhenti di tepi dan bkn memandu pelahan-lahan gara-gara hanya untuk melihat saja. Jika hendak menghulurkan bantuan, sila berhenti ditepi jalan.

Bukan setakat itu sahaja aku nak kongsi dengan kamu semua. Ada lagi yang menyedihkan daripada kemalangan itu. Ini tentang gambar yang aku letak kat bawah ini.





Ini yang aku maksudkan dari tadi.. Banner yang bertulis "Where has all our money gone?" telah digantungkan di salah sebuah bangunan. 

 (gambar asal sebelum di "crop" kn)


Kenapa nak cakap pasal DUIT? Aku hairan lah, sikit-sikit pasal duit. Aku rasa kalau DAP menang sekali pun, belum tentu lagi GAJI aku naik dan belum tentu lagi harga barang di pasaraya turun. Aku bukan nya nak kondem DAP, tapi mengapa perlu mengaitkan DUIT dalam kempen sedangkan tajuk paling penting adalah pentadbiran yang efektif dan pembangunan yang sekata. Kita kena syukur dengan apa yang kita ada. Aku percaya kalau DAP dibagi duit banyak belum tentu ada perubahan.

Akhir kata, buka mata, buka minda.


Tuesday 5 April 2011

Propaganda?

Selamat sejahtera.. 
 
Disini, saya ingin berkongsi sesuatu kepada anda semua apa yang saya telah lihat beberapa hari sebelum ini. 2 3 hari yang lalu, saya bersama keluarga saya pergi bersiar-siar. Dalam perjalanan kami, saya terlihat satu banner yang ada tertulis "Pusat Aduan Rakyat"..



 (Maaf kerana hanya separuh saja yang kelihatan)


Ini membuat saya berasa hairan, mengapa sebelum ini tidak pernah ada pusat tersebut? Bila dekat nak pilihan raya baru ada. Adakah aduan hanya boleh dilakukan seandainya ada pilihan raya yang baru? Jika tiada pilihan raya, suara rakyat tidak akan di dengar & tiadalah pusat aduan didirikan? Perkara ini seolah-olah hanya untuk mengambil hati rakyat sahaja. Di manakah keikhlasan ingin membantu bangsa? 





Di kawasan tersebut juga, saya melihat banner yang bermaksud  "Semangat Rosli Dhobi". Rosli Dhobi seorang yang radikal & agresif sehingga menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dibubuh racun pada 3 Disember 1949 di Sibu. tetapi keadaan tersebut sama sekali berlainan dengan sekarang. Sewaktu peristiwa itu berlaku, kita masih lagi di bawah penjajahan koloni British. Berbeza dengan negara kita sekarang yang merdeka, negara yang berpelembagaan. Sepatutnya, semangat Rosli Dhobi diimplikasikan terhadap budaya-budaya barat yang sedang menjajah minda kita, bukan terhadap kerajaan yang membangunkan tanahair tempat kita berpijak sekarang.



Akhir kata, buka mata, buka minda..